Monday, August 29, 2011

NAK TUTUP BLOG !!!

Sila baca kenyataan yang telah diberi agar alert dengan situasi semasa. Harap Maklum.

MAAF DAH LAMA TAK UPDATE BLOG.
RASANYA NAK TUTUP JE LAH BLOG NI.
TENGOKLAH SEBULAN DUA LAGI.
KALAU TAK DE KOMITMEN KOI TUTUP BLOG SECARA RASMI.
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, December 8, 2009

BAJU TAT PERCUMA

SERTAILAH TEMERLOH ANGLERS TEAM
Dapatkan baju percuma dengan menjadi ahli TAT Pahang.
Segera....!!!!!!!!

Tuesday, December 1, 2009

Temerloh Anglers Team (TAT Pahang)

PERHATIAN KEPADA KAKI PANCING DI DAERAH TEMERLOH KHUSUSNYA DAN DI MALAYSIA AMNYA

Kami sedang membuka keahlian TAT (Temerloh Anglers Team) kepada saudara-saudari yang berminat menyertai kami.

Segala maklumat lanjut bolehlah didapati di alamat berikut.

http://tatpahang.blogspot.com


Atau boleh terus menghubungi saya di talian 013-9600902.

Harap Maklum.

Saturday, February 21, 2009

Pernah Tengok Ikan Besar ?

Pari

Keli


Entoh Ikan Bende ni?


Ikan Macam Muka Manusia



Tuesday, January 27, 2009

Rakan Baru Dari Sarawak.

Rakan kita yang terbaru Robb dari Sarawak....dengan ikan Kelinya.....


Reel baru untuk bait casting ( Multiplayer )

Reel baru untuk bait casting ( Multiplayer )
TICA Pisces 200
Bruneifishing advert

Etika Memancing

Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.

Tidak membuang sampah merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran

Sentiasa meningkatkan ilmu memancing, pengunaan peralatan dan pengendalian bot

Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot

Menghormati hak-hak pemancing yang lain

Menghormati peraturan padang pancing persendirian

Menyebarkan pengetahuan serta nasihat berguna untuk generasi baru

Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar

Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam

Berusaha memajukan sukan memancing negara kita

Penangkapan Ikan secara Pengeboman

AKTIVITI mengebom sudah sebati dengan sebahagian kecil pemancing yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan kepada dirinya serta sekitaran.
Walaupun aktiviti ini sebenarnya menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan peletup secara haram, tetapi akal manusia sentiasa melewati batas berkenaan semata-mata kerana alasan mencari rezeki.
Berjenis-jenis bahan peletup telah dan sedang digunakan termasuklah dinamit kuari, belerang mercun, TNT dan tak kurang juga yang terlalu kreatif dengan membuat sendiri bahan peletup dari baja nitrat serta garam racun rumpai (sodium chlorate).
Tidak kurang juga yang mengalami penangannya. Ada yang hilang jari dan sesetengahnya kudung tangan. Bagi yang lebih malang, tubuh berkecai terkena bahan letupan yang dibuat sendiri.
Rasanya penduduk di sebuah daerah di Pahang masih segar dengan kejadian di mana seorang lelaki maut apabila menggunakan bahan TNT untuk mengebom ikan. Di sini kita tumpukan perhatian kepada kaedah pengeboman yang biasa digunakan iaitu menggunakan garam sodium chlorate kerana ia mudah dibeli di pasaran dan harganya murah.
Kesan aktiviti ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu risiko semasa mengendali bahan berkenaan, kesan jangka panjang apabila memakan ikan yang dibom dan kesan kepada sekitaran.


Risiko Kerja Pengeboman

KERJA haram ini amat berbahaya. Sodium Chlorate (NaCIO3) bukanlah garam Sodium Chloride (NaCl) air laut yang kita gunakan. Ia adalah hasil sampingan tindak balas kimia dalam satu reaktor. Garam ini dipasarkan dalam kuantiti yang berbeza sama ada dalam beg satu kilogram atau drum kecil.
Ia adalah sejenis racun rumpai dan digunakan untuk membunuh rumpai berdaun panjang serta tunas buluh. Di dalam garam berkenaan terdapat satu bahan beracun yang dipanggil arsenik dan ia adalah sisa tindak balas kimia yang menghasilkan garam berkenaan dan kepekatannya berbeza-beza bergantung kepada kepekatan proses yang dijalankan.

Jika perawatan sisa kurang berkesan kandungan arsenik ini mungkin melebihi 1.0 gram (1,000 bpj - bahagian per juta) setiap kilogram garam. Garam Sodium Chlorate juga berbahaya dan sedikit sebanyak boleh meresap menembusi kulit dan bersatu dengan bendalir badan dan boleh merosakkan sistem penapisan darah. Arsenik adalah bahan beracun. Berdasarkan kepada had piawaian bahan berkenan, ia hanya memerlukan kurang dari 1.0 gram untuk memudarat dan membunuh seorang manusia dewasa.

Semasa percampuran ramuan, sedikit sebanyak serbuk arsenik berkenaan akan sampai ke tubuh si pengebom sama ada secara serapan atau tersedut debu ramuan. Di samping itu debu bahan lain seperti sulfur juga berbahaya kerana boleh membentuk asid sulfurik di dalam paru-paru apabila disedut. Bahan campuran ini juga amat sensitif kepada haba.

Sebarang geseran termasuklah geseran tapak tangan boleh menyebabkan campuran ini tebakar. Apatah lagi jika terkena sinaran matahari. Risiko letupan ketika menyediakan ramuan ini sehingga meletupkannya di bawah air adalah amat tinggi dan sesiapa yang melakukannya seolah-olah meletakkan nyawanya sekadar berharga beberapa kilogram ikan yang hendak ditangkap.

Kekalkan Ikan Segar

BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah.

Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas.

Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik.

Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air.

Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk.

Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan.

Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).

Reel...Product of TICA

picasaweb picasaweb picasaweb picasaweb picasaweb picasaweb
LOGO
picasaweb picasaweb